IQNA

Kesan dan faedah puasa dalam ajaran Islam

13:30 - April 09, 2024
Berita ID: 3104227
IQNA - Rasulullah (SAW) dalam sabdanya: «صُومُوا تَصِحُّوا» "Berpuasalah untuk kekal sihat". Hari ini, puasa diiktiraf sebagai kaedah rawatan oleh doktor.

Puasa membawa banyak manfaat kepada tubuh dan jiwa manusia. Inilah sebabnya Islam mewajibkan puasa agar tidak ada yang terlucut dari faedah tersebut. Dalam sabda Rasulullah (SAW), seseorang boleh menemui banyak keutamaan dan manfaat untuk berpuasa.

Rasulullah (SAW) bersabda yang bermaksud; "berpuasalah untuk kamu kekal sihat" «صُومُوا تَصِحُّوا». Hari ini, puasa diiktiraf sebagai kaedah rawatan oleh doktor. 

Ilmu perubatan percaya bahawa semua jenis penyakit berpunca daripada makanan tambahan yang melalui perut dan tidak digunakan di dalam badan. 

Nutrien/makanan tambahan ini menghasilkan jangkitan yang merupakan keadaan terbaik untuk pertumbuhan bakteria dan mikrob. Oleh itu, asas rawatan untuk semua penyakit ini adalah memakan dan memusnahkan bahan tambahan tersebut melalui lapar dan berhenti makan (imsak). 

Rasulullah (SAW) juga menunjukkan kebenaran saintifik ini dan berkata dalam sabdanya: 

«المعدةُ بيتُ كلّ داءٍ، و الحَمئةُ رأسُ كلِّ دواء»

"Perut adalah rumah segala sakit dan berpantang (dari makanan) adalah kepala semua ubat".

Dan puasa juga adalah salah satu cara untuk mengawal hawa nafsu dan terdapat hubungan langsung antara kesucian diri (marua/ifat) dengan puasa. Al-Quran berkata:

«وَ لْيَسْتَعْفِفِ الَّذينَ لا يَجِدُونَ نِكاحاً حَتَّى يُغْنِيَهُمُ اللَّهُ مِنْ فَضْلِهِ ...»

"Dan orang-orang yang tidak mempunyai kemampuan berkahwin, hendaklah mereka menjaga kehormatannya sehingga Allah memberi kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya..." (Qs, An-Nuur 24:33). 

Dalam pidatonya, Rasulullah (SAW) berpesan kepada orang muda yang belum boleh berkahwin supaya berpuasa.

Dalam ajaran Islam, telah ditegaskan bahawa orang yang berpuasa, dengan menahan lapar dan dahaga, mengingati lapar dan dahaga hari kiamat dan dengan cara ini, memperbaiki dirinya. 

Rasulullah (SAW) menyebut fakta ini dalam khutbah yang diberikan kepada para sahabatnya sebelum permulaan bulan suci Ramadhan: 

«وَ اذْكُرُوا بِجُوعِكُمْ وَ عَطَشِكُمْ فِيهِ جُوعَ يَوْمِ الْقِيَامَةِ وَ عَطَشَهُ وَ تَصَدَّقُوا عَلَى فُقَرَائِكُمْ وَ مَسَاكِينِكُمْ»
"Dengan lapar dan dahagamu di waktu berpuasa, ingatlah rasa lapar dan dahagamu pada hari kiamat, dan bersedekahlah kepada orang-orang fakir dan miskin." 

Orang kaya dalam masyarakat boleh menyediakan dan makan apa-apa makanan yang mereka suka bila-bila masa mereka mahu. 

Tetapi orang miskin tidak mempunyai kemungkinan sedemikian dan tidak memakan banyak makanan dalam hidup mereka. 

Oleh sebab itu, puasa telah diwajibkan untuk mewujudkan persamaan antara orang kaya dan orang miskin dalam masyarakat, dan orang kaya juga dapat merasakan kelaparan yang ditanggung oleh orang miskin, walaupun hanya beberapa hari sahaja dalam setahun.

captcha