IQNA

Pengedaran Al-Quran Braille di Masjid Al-Haram

22:14 - April 08, 2024
Berita ID: 3104224
IQNA - Pentadbiran Masjid Al-Haram dan Masjid An-Nabi mengumumkan pengedaran Al-Quran dalam huruf Braille di Masjid Al-Haram pada hari-hari terakhir bulan suci Ramadhan.

Laporan IQNA, memetik dari Makkah; Pentadbiran Al-Masjid Al-Haram dan Masjid An-Nabi mengumumkan pengedaran Al-Quran dalam huruf Braille di Masjid Al-Haram.

Tindakan ini dijalankan dalam bentuk projek "Mubasirun" «مبصرون» dan untuk menyediakan perkhidmatan kepada orang berkeupayaan khas penglihatan dan separa rabun pada hari-hari terakhir bulan Ramadhan.

Pentadbiran Masjid Al-Haram dan Masjid An-Nabi menyatakan: Inisiatif ini adalah dalam rangka perancangan umum masjid ini untuk mewujudkan suasana keagamaan dan kerohanian serta memberikan perkhidmatan terbaik untuk memaksimumkan pengalaman beragama bagi golongan orang berkeupayaan khas penglihatan yang datang dari seluruh dunia untuk mengerjakan umrah di Masjid Al-Haram dan Masjid An-Nabi.

Pentadbiran Masjid Al-Haram dan Masjid An-Nabi juga mengumumkan penyediaan Al-Quran elektronik untuk orang berkeupayaan khas penglihata, membolehkan mereka membaca Al-Quran dengan mudah dalam Braille.

Pentadbiran sebelum ini mengumumkan bulan Ramadhan sebagai peluang yang sesuai untuk melaksanakan pelan transformasi digital bagi menggunakan teknologi baharu dan melabur lebih banyak dalam penggunaan teknologi seperti kecerdasan buatan dan pelbagai robot untuk menyediakan perkhidmatan kepada jemaah haji.

Selain itu, aplikasi baharu telah dibentangkan untuk membantu jemaah haji mendapat terjemahan Al-Quran yang betul dan serentak dalam pelbagai bahasa.

4209200

captcha