IQNA

Analisis; Sempena hari al-Quds; Dari Badai al-Aqsa ke Badai al-Ahrar; Jihad pembelaan orang tertindas/5

Kebangkitan dunia mustadhafin melawan dunia mustakbirin/Pasukan al-Quds

15:20 - April 04, 2024
Berita ID: 3104200
IQNA - Kebangkitan dunia yang tertindas menentang dunia yang angkuh, satu fenomena yang telah nampak lebih ketara dan segak di akhir era kontemporari ini, sejak badai al-Aqsa Gaza menerpa paras angkuh rejim zionis Israel penjajah rakyat dan tanah air Palestin; Baitulmaqdis dan Masjidil-Aqsa pada 7 Oktober tahun lalu/2023M, hingga badai al-Ahrar pasukan al-Quds dunia, Jumaat akhir Ramadhan 1445HQ - esok.

Empat Istilah yang mulai hangat didengar di telinga, sering ditatap oleh mata pembaca dan kerap dibicarakan oleh para pengulas dari kalangan pejuang, ulama, intelektual dan cendekiawan muslim kontemporari mengenai makna-makna perjuangan atau jihad di jalan kebenaran - "fi sabilillah" «جهاد فی سبیل الله» bersamaan dengan kemunculan tekanan tenaga kebangkitan dunia orang-orang yang tertindas menentang dunia orang-orang yang angkuh atau sombong dan congkak, yang telah menjadi satu fenomena mendunia bagi masyarakat antarabangsa dan tampil ketara segak sejak badai al-Aqsa rakyat Gaza Palestin yang ditindas (dipenjara, disekat dari segala keperluan hidup; bahan makanan, perubatan, perumahan, pembelajaran, perhubungan, dll bersama dengan kelakuan jenayah keji; merampas, melukai, membunuh dll jenayah jahat dalam tempoh mendekati satu abad) oleh rejim zionis apartheid dan angkuh bersama antek-anteknya - Amerika Syarikat, British dll negara-negara berkategori mustakbirin -, lalu kemudian terjadi serangan balik (melawan/menentang keangkuhan rejim apartheid zionis) oleh badai al-Aqsa rakyat mazlum/tertindas Gaza menampar paras keangkuhan rejim ini dimulai pada 7 Oktober tahun lalu/2023M dan sehingga saat ini gerakan perlawanan ini sedang berlangsung.

Istilah Pertama: Tofan al-Aqsa «طوفان الاقصی» - "Badai al-Aqsa" - terpaan kekuatan serangan balik pasukan pertahanan Gaza Palestin menghantam mimpi-mimpi indah rejim dan warga penjajah yang datang dari pelusuk negara yang berbeza yang disokong oleh orang-orang angkuh pengetua imperial dunia; British, Amerika dan Eropah yang lain bahkan beberapa pengetua negara-negara Arab siap menormalisasikan hubungan dengan rejim-rejim imperial ini, dengan menjual identiti agama Islam mereka, bangsa, diri dan kekayaan bumi mereka sehingga hilang kepercayaan mereka kepada kekuasaan Allah SWT yang diwariskan oleh Nabi Allah (SAW) kepada bangsa Arab, lalu mereka berlaku bidah dan sesat dengan kepercayaan terhadap kuasa palsu rejim zionis Israel, Amerika dan Eropah sehingga berlaku mengkhianati saudara sebangsa, seagama dan sekemanusiaan mereka muslimin Palestin, demi melindungi diri mereka dari ancaman dan gertakkan pencerobohan jahat puak-puak kafir penjajah itu.

Tetapi rakyat muslim Palestin telahpun bertahan dalam derita yang panjang mendekati satu abad, malah walaupun tampil sebagai pasukan yang ditindas, dilemahkan dan dizalimi namun berkuasa dan telah membuktikan bahawa kekuatan Imam kepada Allah SWT telah mengalahkan semua kuasa palsu rejim-rejim imperial zionis itu, oleh itu muncul istilah berikut "Mustadhafin al-muqtadir".

Istilah kedua: Mustadhafin al-muqtadir «مستضعفین المقتدیر» - "Orang-orang yang ditindas yang perkasa", ringkasnya "dilemahkan tapi berkuasa", sama bermakna "Darah mengalahkan pedang", sebagai slogan abadi kebangkitan Imam Husain (as), cucunda Rasulullah Muhammad (SAW) Nabi Arab dan bukan Arab, yang sangat dimusuhi oleh puak kafir judais - zionis.

Istilah ketiga: Al-Mustakbirin «المستکبرین» - "Orang-orang yang angkuh" yang telah disebut sebagai pelaku kejahatan; menjajah dan melakukan imperial atas bangsa-bangsa lain terutama atas umat Islam (Umat Nabi Muhammad (SAW)), kumpulan ini termasuk pengetua negara-negara seperti Amerika, British dan ketua kumpulan-kumpulan global materialisme.

Dan Istilah keempat: Tofan al-Ahrar «طوفان الاحرار» - "Badai orang-orang bebas/merdeka".

Untuk Istilah keempat "Tofan al-Ahrar", badai kebangkitan orang-orang merdeka dunia, tidak lagi terhad untuk orang dan masyarakat di Gaza Palestin, tetapi meliputi semua manusia dan masyarakat yang berjiwa merdeka di seluruh dunia, untuk bergerak melawan segala hegemoni kaum mustakbirin global tersebut.

Panggilan slogan hari al-Quds sedunia di hari Jumat akhir bulan Ramadhan, esok, sudah semestinya luapan kumpulan  perarakkan orang-orang ramai antarabangsa bersama meneriakan dan menabuh genderang perlawanan atas kejahatan rejim zionis Israel dan penyokong globalnya terhadap kemanusiaan di Gaza dan di seluruh dunia yang perlu untuk dihentikan dengan serta-merta dan saksama melalui kekuatan bantuan masyarakat negara-negara merdeka antarabangsa pada langkah yang utama kepada perjuangan memerdekakan Palestin dari penguasaan rejim apartheid zionis Israel, dengan upaya, menyatakan bahawa rejim Israel tidak sah berdiri dan perlu mendesak Majelis Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) untuk menetapkan resolusi yang mengeluarkan keanggotaan dan menolak pembentukkan negara zionis Israel (sebagai Taghut) di tanah air rakyat Palestin; hal ini sebagai yang difirmankan oleh Allah SWT;

وَالَّذِينَ اجْتَنَبُوا الطَّاغُوتَ أَنْ يَعْبُدُوهَا وَأَنَابُوا إِلَى اللَّهِ لَهُمُ الْبُشْرَىٰ ۚ فَبَشِّرْ عِبَادِ
"Dan orang-orang yang menjauhi dirinya dari menyembah atau memuja Taghut serta mereka rujuk kembali taat bulat-bulat kepada Allah, mereka akan beroleh berita yang mengembirakan  oleh itu gembirakanlah hamba-hambaKu". (Qs,Az-Zumar 39:17).

*Siri Kebangkitan jihad membela orang tertindas - kajian Sekhah Al-Idrus; Study Program Muslim Thought (Ph.D) at Al-Mustafa International University, Republik Islam Iran.

 

 

tanda nama: Hari Qods
captcha