IQNA

Surah-surah Al-Quran/3

Surah Aali-Imran; Biografi keluarga Hazrat Maryam (as)

15:32 - January 20, 2024
Berita ID: 3103778
IQNA - Bahagian penting Surah Aali-Imran berkaitan dengan sejarah para nabi, termasuk Adam, Nuh, Ibrahim, Musa, Isa, dan nabi-nabi lain, juga menerangkan kehidupan dan keutamaan hazrat Maryam (as); ibunda kepada nabi Isa (as) dan keluarganya.

Surah ketiga Al-Quran adalah salah satu surah Madaniah, terletak pada juzuk ke2, ke3 dan ke4 Al-Quran. Surah yang mengandungi 200 ayat ini dikenali sebagai Surah Aal-Imran «آل‌عمران», kerana penyebutan nama "Imran" «عِمران» (bapa kepada hazrat Maryam (as)) dan keluarganya.

Kandungan surah Aal-Imran
Dalam surah ini terdapat banyak perkara, antaranya kisah perang Uhud, tentang Jihad, Mubahlah, ajakan Yahudi kepada Islam, perintah sabar dan istiqamah, keutamaan orang mati syahid, dan beberapa doa yang indah. Secara umumnya, kandungan surah ini boleh dibahagikan kepada beberapa bahagian:
1. Bahagian penting surah ini membincangkan tauhid dan sifat-sifat Tuhan dan kebangkitan (hari kiamat - معاد) sebagai ajaran Islam.

2. Bahagian yang lain membicarakan tentang Jihad dan petunjuk pentingnya dan kehidupan abadi para syuhada di jalan Allah, serta pengajaran yang diperoleh dalam dua peperangan Badar dan Uhud.

3. Dalam sebahagian surah ini, beberapa siri ketetapan Islam dalam bidang keharusan kesatuan - wahdah barisan umat Islam dan mengenai rumah Kaabah, kewajipan haji, dan sejumlah perintah-perintah Tuhan yang wajib untuk diketahui oleh manusia beriman, dan larangan perbuatan lalai, mengambil alih dan peras ugut, dan masalah amanah, dan membelanjakan harta di jalan Allah, meninggalkan dusta dan berdiri teguh dalam menghadapi menentang musuh Islam dan mazlum, sabar dalam menghadapi pelbagai masalah dan ujian Ilahi, dan mengingati Allah dalam apa jua keadaan adalah tunjukan yang penting surat ini.

4. Surat ini juga untuk melengkapkan perbincangannya, sebahagian daripada sejarah para nabi, termasuk sejarah nabi Adam, Nuh, Ibrahim, Musa, Isa dan nabi-nabi lain (salam sejahtera ke atas mereka), dan kisah hazrat Maryam dan mlkedudukan mulia wanita hebat ini juga telah disebutkan.

Dari segi klasifikasi subjek kandungan surah ini boleh dibahagikan kepada bahagian berikut:

1. Tauhid, sifat-sifat Tuhan, kebangkitan kiamat dan ahkam Islam.

2. Perintah untuk Jihad dan mengambil pelajaran dari dua peran; Badar dan Uhud.

3. Menunjukkan kepada beberapa ketetapan Islam tentang Kaabah, Haji, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah dari yang munkar, bertawakal, memberi di jalan Allah, dan meninggalkan kedustaan.

4. Menyeru kepada perpaduan umat Islam dan penentangan terhadap musuh.

5. Sabar dalam menghadapi pelbagai masalah dan ujian Ilahi serta mengingati Allah dalam semua keadaan.

6. Rujukan kepada sejarah para nabi, termasuk: Adam (as), Nuh (as), Ibrahim (as), Musa (as) dan Isa (as).

7. Kehidupan dan kebajikan Hazrat Maryam (as) dan keluarganya.

8. Konspirasi pengikut Nabi Musa dan Nabi Isa (as) yang derhaka  terhadap Islam.

Kita membaca tentang kelebihan surah ini dalam sebuah hadis daripada Nabi (SAW) yang bermaksud: "Barangsiapa yang membaca surah Aali Imran, menurut bilangan ayatnya, mereka akan memberinya keselamatan di atas jambatan Neraka".

captcha