IQNA

Surah-surah Al-Quran/2

Surah al-Baqarah; Memuat prinsip dan amalan sempurna Islam

15:25 - January 17, 2024
Berita ID: 3103772
IQNA - Surah Al-Baqarah dengan 286 ayat adalah surah yang paling komprehensif dari segi prinsip Islam dan banyak isu praktikal Ibadah, Sosial, Politik dan Ekonomi.

Surah al-Baqarah diturunkan di Madinah dan merupakan surah terbesar dalam Al-Quran, yang mempunyai 286 ayat.

Kesyumulan surah ini tidak dapat dinafikan dari segi prinsip agama Islam dan banyak perkara praktikal (ibadah, sosial, politik dan ekonomi), dalam surah ini, beberapa topik dibincangkan, senarainya adalah seperti berikut:

1. Perbincangan tentang tauhid «توحيد» dan ilmu Allah, terutamanya melalui kajian tentang rahsia penciptaan.

2. Perbincangan tentang hari kiamat atau kebangkitan «معاد» dan kehidupan selepas kematian, terutamanya melalui contoh nyata penyaksian indera «حسّى» seperti kisah Ibrahim dan kebangkitan burung dan kisah Uzair.

3. Perbahasan tentang mukjizat Al-Quran dan kepentingan kitab ilahi ini.

4. Perbincangan yang sangat terperinci tentang Yahudi dan munafik dan pendirian khusus mereka terhadap Islam dan Al-Quran, dan pelbagai tindakan mereka dalam hal ini.

5. Perbincangan tentang sejarah nabi-nabi besar khususnya Ibrahim dan Musa (as).

6. Perbincangan tentang pelbagai peraturan Islam, termasuk solat, puasa, Jihad, Haji dan tukar kiblat, nikah dan cerai, peraturan perniagaan, dan bahagian penting dalam peraturan riba, dan terutamanya perbincangan tentang perbelanjaan di jalan Allah, isu pembalasan dan hukuman, isu daging yang diharamkan, judi dan arak, dan sebahagian dari ketentuan wasiat dan seumpamanya.

Mengenai keutamaan surah ini, telah disoalkan kepada baginda Nabi (SAW): "Surah-surah Al-Quran manakah yang lebih unggul?" Baginda bersabda yang bermaksud: "Surah al-Baqarah", dan telah ditanyakan kapad baginda; Ayat yang manakah dari ayat-ayat Surah al-Baqarah yang paling utama? baginda (SAW) menjawab: "Ayatul-Kursi" «آية الكرسى».

tanda nama: Surah-surah Al-Quran
captcha