IQNA

Apa kata Al-Quran / 19

Ayat Tabligh Ghadir; Mesej tentang kepentingan Nabi Muhammad (saw)

10:22 - July 16, 2022
Berita ID: 3101256
TEHRAN (IQNA) - Apabila Nabi (SAW) kembali dari haji terakhir dalam hidupnya, Baginda menerima wahyu, ayat-ayat dari Tuhan yang mengikat penyempurnaan semua mesej Ilahi yang turun selama 23 tahun, sepanjang Nubuatan Baginda Rasulillah Muhammad (SAW) kepada satu mesej tertentu. Mesej ini, di mana wilayah Ali bin Abi Talib sebagai penentu kesempurnaan semua mesej Ilahi itu, turun mesej ini diberitahu kepada orang ramai di kawasan yang bernama Ghadir Khum.

Laporan IQNA; Hazrat Muhammad (SAW) menunaikan haji terakhirnya pada usia 60 tahun, pada tahun 632 Masihi. Dalam perjalanan haji terakhir ini, ramai orang mengiringi Nabi, kira-kira seratus dua puluh ribu orang Islam, dan jaraknya jauh dari awal hingga akhir kafilah dalam perjalanan pulang ke Madinah.

Selepas menunaikan haji, yang dikenali sebagai Hajjatul Wada' (Haji Perpisahan), Nabi bergerak menuju ke Madinah dan tiba di sebuah kawasan bernama Ghadir Khum pada hari Khamis, 18 Dzilhijjah. Sebaik sahaja sampai ke kawasan ini, turunlah ayat dari Allah ke dalam hati Nabi, yang isinya seperti berikut:

يَا أَيُّهَا الرَّسُولُ بَلِّغْ مَا أُنْزِلَ إِلَيْكَ مِنْ رَبِّكَ وَإِنْ لَمْ تَفْعَلْ فَمَا بَلَّغْتَ رِسَالَتَهُ وَاللَّهُ يَعْصِمُكَ مِنَ النَّاسِ إِنَّ اللَّهَ لَا يَهْدِي الْقَوْمَ الْكَافِرِينَ

"Wahai Rasul Allah! Sampaikanlah apa yang telah diturunkan kepadamu dari Tuhanmu; dan jika engkau tidak melakukannya maka bermakna tiadalah engkau menyampaikan risalahNya; dan Allah jualah akan memeliharamu dari (kejahatan) manusia. Sesungguhnya Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada kaum yang kafir." (Qs, Al-Maaidah 5:67).

Jika diperhatikan kandungannya, ayat ini sangat penting dan menunjukkan bahawa segala usaha Rasulullah dalam menerima dan menzahirkan wahyu selama 23 tahun kenabian hendaklah disempurnakan dengan risalah khusus ini dan tanpanya, semua risalah selama 23 tahun akan menjadi tidak sempurna.

Mesej tentang kepentingan dakwah Nabi
Demi melaksanakan perintah Allah, Nabi Allah memerintahkan kafilah seratus dua puluh ribu orang Islam berhenti bergerak. Dikatakan bahawa mengambil masa setengah hari untuk kafilah yang mendahului dan mengekori untuk berkumpul di hadapan Rasulullah.

Disebabkan kehadiran ramai umat Islam, mesej khusus ini telah direkodkan dengan teliti dan para pengulas atau ahli tafsir, perawi dan ahli sejarah telah mengaitkan ayat tersebut dengan kejadian "Ghadir" -«غدیر» - tanpa sebarang keraguan.

Allamah Amini juga telah meriwayatkan peristiwa ini dari tiga puluh sumber hadis dan tafsir Ahli Sunnah, seperti kitab Al-Wilayah -کتاب الولایة - Ibn Jarir al-Tabari, Tafsir al-Thalabi -تفسیر الثعلبی -, kitab Ma Nazal Min Al-Qur'an fi Ali -کتاب ما نزل من القرآن فی علی - Abu Naim Isfahani, - أسباب النزول واحدی - Kitab; Sebab-sebab turunnya Wahidi dsb.

Ahli sejarah sepakat adanya peristiwa Al-Ghadir, Tetapi apakah mesejnya?

Risalah Ghadir dan keimamahan Ali bin Abi Thalib (as)
Selesai berkumpulnya orang ramai, Nabi solat zohor bersama orang ramai dan pergi ke tempat yang tinggi dan membaca khutbah dengan suara yang nyaring: demikian cuplikan khutbah An-Nabi (SAW) di Ghadir, yang bermaksud;

"Tuhan yang maha lembut dan bijaksana memberitahu saya bahawa saya akan meninggalkan dunia ini tidak lama lagi... maka lihatlah bagaimana kalian memperlakukan Staqalain, ثقلین - (dua pusaka peninggalanku yang sangat berat dan penting) akan datang selepas kepergianku, yang paling besar ialah Kitab Allah (Al-Quran) dan berat yang lain ialah Itrahku (Ahlulbaitku).

Kemudian, di hadapan orang ramai itu, beliau mengangkat tangan Ali bin Abi Thalib dan berkata:

مَنْ كُنْتُ مَوْلَاهُ فَهَذَا عَلِيٌّ مَوْلَاهُ اللَّهُمَّ وَالِ مَنْ وَالاهُ وَ عَادِ مَنْ عَادَاهُ وَ انْصُرْ مَنْ نَصَرَهُ وَ اخْذُلْ مَنْ خَذَلَهُ
“Siapa yang adanya aku sebagai pemimpinnya, maka Ali ini juga adalah pemimpinya. Ya Allah, cintailah orang yang mencintainya dan bencilah orang yang membencinya, tolonglah orang yang menolongnya, dan singkirkan orang yang menyingkirkannya"

Setelah sahaja Baginda Rasulillah (SAW) mengumumkan pertambalan wilayah Imam Ali bin Abi Thalib as, sebagai khalifah pertama sepeninggal Baginda Rasulillah (SAW) dan orang belum bersurai, Jibril turun lagi dan membawa dari Allah ayat ketiga Surah al-Maaidah:

الْیوْمَ أَکمَلْتُ لَکمْ دینَکمْ وَ أَتْمَمْتُ عَلَیکمْ نِعْمَتی وَ رَضیتُ لَکمُ الْإِسْلامَ دیناً

"Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redhakan Islam itu menjadi agama untuk kamu." (Qs, Al-Maaidah 5:3)

* Abdul Husein Amini Najafi (1902-1970), yang dikenali sebagai Allamah Amini, adalah pihak berkuasa agama yang terkenal dan pengarang ensiklopedia al-Ghadir 11 jilid dalam bahasa Arab, yang ringkasannya telah diterjemahkan ke dalam beberapa bahasa. Menurut dirinya, untuk menulis karya ini, dia mengembara ke berpuluh-puluh kota di India, Mesir dan Syria, membaca 10,000 buku sepenuhnya dan merujuk kepada 100,000 buku.

Berita Berkaitan
captcha