IQNA

Jemaah ziarah berkabung Imam Hassan Askari (as) di Samarra + Gambar

5:39 - October 06, 2022
Berita ID: 3101626
TEHRAN (IQNA) - Berjuta jemaah ziarah dari dalam dan luar Iraq semalam 5 Oktober berkabung di maqam Imam Askariyain (as) di Samarra sempena ulang tahun kesyahidan beliau as di tarikh 8 Rabiul Awal tahun 260 hijriah.

Laporan IQNA; memetik Berita Al-Furat; berjuta-juta jemaah ziarah dari dalam dan luar Iraq, yang datang ke Samarra dalam beberapa hari kebelakangan ini untuk memperingati ulang tahun kesyahidan Imam Hassan Askari (as) pada 8 Rabiul-Awal, berkabung di halaman maqam suci.

Upacara berkabung atas kesyahidan Imam ke-11 diadakan di maqamnya, manakala tempat suci ini dipenuhi orang ramai dan upacara perkabungan dan belasungkawa berterusan selama berjam-jam. Kumpulan penziarah mulai pagi telah pergi menuju maqam dan menghatur penghormatan perkabungan.

4089901
captcha