IQNA

Ahli Parlimen Palestin dibebaskan dari penjara Israel

10:42 - September 27, 2021
Berita ID: 3100205
TEHRAN (IQNA) - Pihak berkuasa Israel semalam membebaskan Ahli Parlimen Palestin, Khalida Jarrar, dari penjara selepas dua tahun berada dalam tahanan.

Khalida, 58, dihukum penjara dua tahun pada Mac lalu kerana menganggotai Barisan Popular bagi Pembebasan Palestin (PFLP) yang dilabelkan oleh Israel serta Amerika Syarikat (AS) sebagai sebuah organisasi 'pengganas'.

Namun, tentera Israel gagal menemui bukti Khalida mengambil bahagian dalam tindakan keganasan.

Beliau ditahan tanpa pertuduhan sejak 2019 selepas ditangkap bersama beberapa individu Palestin yang lain berikutan satu insiden serangan yang mengorbankan seorang remaja Israel.

captcha